Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kerana Terlalu Rindu, Lelaki Gali Semula Kubur Ibu Dan Bawa Pulang Mayat

Dek kerana terlalu merindui arwah ibunya, seorang lelaki di Jakarta ini sanggup menggali semula kubur ibu dan membawa pulang jenazah wanita itu kerumah di Kabupaten Probolinggi, Jawa Timur.

kerana terlalu rindu, lelaki gali semula kubur ibu dan bawa pulang mayat

Dilaporkan jenazah baru 40 hari dikebumukan dan anaknya, Nasir dipercayai terlalu merindui arwah hingga memaksa beliau berbuat sedemikian.

Advertisement

Menurut portal Kompas, kejadian itu pada mulanya tidak diketahui oleh penduduk selepas tular video menunjukkan beliau cuba mengebumikan semula jenazah pada Ahad lalu.

kerana terlalu rindu, lelaki gali semula kubur ibu dan bawa pulang mayat

Lokasi kubur itu pula dikatakan terletak jauh didalam hutan, membuatkan penduduk tidak menyedari akan tindakan Nasir yang membawa pulang jenazah ke rumah.

Pemuda itu pula dilaporkan mempunyai masalah tekanan jiwa selepas kematian ibunya.

“Dia menggali sendiri kubur pada waktu siang tanpa pengetahuan sesiapa. Kubur itu di tengah hutan dan kawasan terbabit jarang dilalui penduduk.

“Kemudian dia memasukkan jenazah ke dalam guni lalu dibawa pulang ke rumah namun kakaknya, Sul mendapat tahu perkara itu dan memujuknya mengebumikan semula jenazah,”, kata jurucakap Kepolisian Sektor (Kapolsek) Pakuniran, Iptu Habi Sutoko kepada Detik News.

ERA Muzik Hit Terkini