Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Mudah Untuk Basuh Dan Bernafas, Lelaki Bertindak Guna Tempurung Kelapa Sebagai Pelitup Muka

Seorang penjaga parkir di Bali, Indonesia ditahan dan didenda pihak berkuasa akibat memakai pelitup muka diperbuat daripada tempurung kelapa.

Nengah Budiasa, 44 berpendapat lebih mudah menggunakan tempurung kelapa sebagai pelitup muka kerana ia boleh dibasuh dan digunakan berulang kali.

Advertisement

mudah untuk basuh dan bernafas, lelaki bertindak guna tempurung kelapa sebagai pelitup muka

Menurut Ketua Polis Denpasar, Dewa Anom Sayoga, tempurung kepala yang digunakan Nengah didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Malah, dia juga menebuk lubang di tengah tempurung kelapa itu bagi memudahkannya untuk bernafas.

“Kami memahami dia mungkin memilih tempurung kelapa kerana tidak mempunya bajet yang cukup untuk membeli pelitup muka pakai buang.

“Namun begitu, rakyat perlu diberitahu bahawa mana-mana pelitup muka yang tidak disaran oleh pemerintah  tidak membantu dalam mengekang penularan Covid-19,” katanya.

mudah untuk basuh dan bernafas, lelaki bertindak guna tempurung kelapa sebagai pelitup muka

Pihaknya hanya mengenakan denda tekan tubi terhadap lelaki itu dan memberikannya bekalan pelitup muka pakai buang (surgical mask) yang mencukupi untuk kegunaannya ketika bekerja.

Sumber: Kompas

ERA Muzik Hit Terkini