Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Buktikan Cinta, Lelaki Belikan Kekasih Sebuah Lautan Bernilai Lebih RM400 Ribu

Apakah hadiah yang paling bernilai yang pernah anda hadiahkan pada seseorang?

Seorang wanita dari Beijing, China terkejut apabila menerima hadiah luar biasa daripada teman lelakinya sempena Hari Kekasih pada 20 Mei lalu, iaitu 210 hektar lautan.

Advertisement

buktikan cinta, lelaki belikan kekasih sebuah lautan bernilai lebih rm400 ribu

Lelaki bernama Zhang dilaporkan membayar 682,662 yuan atau bersamaan RM414,161.26 kepada sebuah syarikat lelongan dan memberikan lautan tersebut kepada kekasihnya sebagai hadiah.

buktikan cinta, lelaki belikan kekasih sebuah lautan bernilai lebih rm400 ribu

Turut tular bersama foto screenshot daripada perbualan wanita tersebut bersama teman lelakinya yang memaparkan harga, lokasi dan gambar kawasan laut berkenaan.

buktikan cinta, lelaki belikan kekasih sebuah lautan bernilai lebih rm400 ribu

Menurut seorang peguam disana, Zhang Xinnian berkata pada akhbar The Paper, proses pembelian itu sah dan lelaki berkenaan mempunyai hak sepenuhnya keatas kawasan lautan berkenaan.

Sumber: That’s Online

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini