Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kejamnya! Hanya Sebab Cinta Ditolak, Lelaki Ni Sanggup Hempas Anak Kucing Hingga Mati

kejamnya! hanya sebab cinta ditolak, lelaki ni sanggup hempas anak kucing hingga mati

Apalah salah anak kucing tu hingga ia sanggup diperlakukan sebegitu rupa. 

Advertisement

Hanya kerana cinta ditolak, seorang lelaki di China sanggup menghempas seekor anak kucing berusia dua bulan hingga mati untuk melepaskan rasa marah dan kecewanya. 

Pada mulanya Zhang yang berasal dari Nanjing membeli seekor anak kucing pada harga RM 1, 240 untuk diberi sebagai hadiah dan tanda cinta kepada gadis yang bekerja sebagai penyambut tetamu di syarikat dia bekerja. Namun, wanita itu menolak lamarannya walaupun menerima anak kucing tersebut. 

kejamnya! hanya sebab cinta ditolak, lelaki ni sanggup hempas anak kucing hingga mati

Selang beberapa hari, wanita itu memulangkan anak kucing tersebut dengan alasan tak tahu untuk menjaganya. Keadaan anak kucing itu semakin merosot dan Zhang membawanya ke kedai peliharaan di mana dia membeli kucing itu. 

Apabila datang semula ke kedai, Zhang meminta haiwan itu untuk terus dijaga dan meminta wangnya dipulangkan semula. Tak berpuas hati permintaannya ditolak, Zhang membawa sangkar yang berisi anak kucing itu dan menghempasnya berkali-kali di atas lantai hingga mati. 

Zhang sempat melarikan diri sebaik sahaja pekerja kedai haiwan itu menghubungi pihak polis.

Sumber: Astro Awani 

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini