Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tangan Lelaki Ini Terpaksa Dipotong Selepas Makan Sushi

Siapa yang suka makan sushi? Anda mesti tak sangka dengan berita ini. Tangan kiri seorang lelaki warga emas dari Korea Selatan terpaksa dipotong akibat mereput kerana makan sushi.

Tangan lelaki ini dikatakan dijangkiti bakteria yang boleh mematikan kulit sehingga menyebabkan kulitnya melepuh dan bertukar kehitaman selepas 12 jam.

Advertisement

tangan lelaki ini terpaksa dipotong selepas makan sushi

Lelaki itu bertemu doktor di Jeonju, Korea Selatan selepas mengalami kesakitan melampau di pergelangan tangannya selama dua hari. Doktor mengesahkan dia dijangkiti vibriosis yang berpunca daripada bakteria Vibrio vulnificus.Dan disebabkan lelaki itu menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang, telah berlaku kematian tisu pada ulser di tangannya.

Doktor terpaksa memotong lengan kirinya untuk menghalang tisu yang mereput daripada merebak ke bahagian lain.

Kredit: mstar

ERA Muzik Hit Terkini