Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lelaki Ingkar Arahan PKP Sebab Merajuk Dengan Isteri

Seorang lelaki telah didenda RM1,000 di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu selepas mengaku bersalah keluar malam dan ingkar kepada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tertuduh memberikan alasan merajuk dengan isteri menjadi punca beliau keluar dari rumah pada waktu terbabit, meskipun arahan PKP sudah menetapkan bahawa ia adalah satu kesalahan.

Advertisement

lelaki ingkar arahan pkp sebab merajuk dengan isteri

Lelaki berkenaan adalah antara 10 tertuduh yang berusia 20 hingga 61 tahun yang dikenakan hukuman denda dan juga penjara sebulan sekiranya gagal menjelaskan denda.

Berdasarkan pertuduhan, kesemua pesalah bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus pada 16 hingga 18 April lalu, antara jam 10 malam hingga 12.15 tengah malam.

Oleh itu, mereka telah melakukan kesalahan mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2020 yang membawa hukuman denda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sumber: Sinar Harian

ERA Muzik Hit Terkini