Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tekun Belajar, Professor Ini Ada Lebih 100 Ijazah Sarjana Yang Di Iktiraf

Professor VN Parthiban, 59, dari Chennai ini mungkin menjadi individu yang mempunyai kelayakkan akademik paling banyak di dunia.

Beliau sehingga kini mempunyai lebih daripada 100 ijazah seperti 3 ijazah (Master) dalam bidang Sains, 8 ijazah dalam bidang Undang-undang, 8 ijazah dalam bidang Perdagangan, 9 ijazah dalam bidang Pentadbiran Perniagaan, dan 10 ijazah dalam bidang Keseniaan.

Advertisement

tekun belajar, professor ini ada lebih 100 ijazah sarjana yang di iktiraf

Kesemua ijazah-ijazah ini adalah hasil pengorbanan beliau yang rajin menuntut ilmu lebih daripada 30 tahun.

"Saya sangat menikmati proses menuntut ilmu. Ianya langsung tidak susah. Proses menuntut ilmu dari satu bidang ke satu bidang yang lain berjalan sepanjang masa.

"Ketika saya sedang menduduki peperiksaan untuk subjek semasa, saya sudahpun memulakan pembelajaran untuk subjek yang lain.

"Saya menghadapi kesukaran untuk menyudahkan pengajian ijazah pertama saya dan turut sukar untuk mendapatkan pekerjaan pertama dalam dunia perundangan," katanya.

tekun belajar, professor ini ada lebih 100 ijazah sarjana yang di iktiraf

Beliau juga mengakui bahawa subjek Matematik adalah satu-satunya subjek yang paling tidak digemarinya.

Sumber: Oddity Central, India Times

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini