Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Rakaman CCTV, Laporan Forensik Lelaki Israel Diserah 30 Julai

Lands-P-8.png

 

Advertisement

Salinan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) hotel dan analisis laporan forensik akan diserahkan oleh pihak pendakwaan kepada pihak pembelaan pada 30 Julai ini yang membabitkan seorang lelaki Israel, Avitan Shalom, 38, berdepan dengan dua pertuduhan memperdagangkan enam senjata api dan memiliki 200 butir peluru.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam memaklumkan Hakim Mahkamah Sesyen Norina Zainol Abidin, bahawa pihaknya sudah menyerahkan majoriti dokumen kepada peguam yang mewakili Avitan  sebelum perbicaraan kes selama sembilan hari yang akan bermula pada 30 Sept ini.

"Ada beberapa dokumen yang masih belum diserahkan termasuk rakaman CCTV dan analisa laporan forensik berkaitan kes.

“Kami memohon tarikh sebutan dalam tempoh sebulan untuk pihak kami menyerahkan kesemua dokumen kepada pembelaan sebagai persediaan perbicaraan," kata Mohamad Mustaffa pada sebutan kes hari ini.

Peguam, Datuk Naran Singh yang mewakili Avitan mengesahkan perkara itu dan tidak membuat sebarang bantahan.  

Seterusnya, mahkamah menetapkan 30 Julai ini untuk sebutan semula kes dan serahan bukti tambahan yang lain.

 

Sumber: Astro Awani

ERA Muzik Hit Terkini