Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Suami Bawa Diri Jalan Lebih 400 Kilometer Lepas Dimarah Isteri

Selepas dimarahi isteri, seorang lelaki sanggup berjalan kaki sejauh 418 kilometer kerana mahu menenangkan diri.

suami bawa diri jalan lebih 400 kilometer lepas dimarah isteri

Lelaki berusia 48 tahun itu hanya berhenti selepas ditahan kereta polis peronda di Gimmara, lebih 400 km dari rumahnya di Como, utara Milan di Itali.

Advertisement

Polis yang menahan lelaki itu mengenal pasti identiti lelaki berkenaan menerusi laporan orang hilang yang dibuat isterinya apabila dia tidak pulang ke rumah sejak minggu lalu.

“Saya berjalan kaki tanpa tujuan sejak keluar dari rumah. Ada beberapa orang menawarkan makanan dan minuman bila mereka melihat saya di tepi jalan.

“Saya okey cuma sedikit penat,” katanya.

Lelaki itu juga ditempatkan di sebuah hotel berhampiran sementara menunggu isterinya menjemput beliau pulang.

Beliau juga dikenakan denda kerana melanggar waktu perintah berkurung sebanyak $490 (RM1,989).

Sumber: Oddity Central

ERA Muzik Hit Terkini