Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Gara-Gara Positif COVID-19, Kantoi Pula Hubungan Sulit Lelaki Ini Dengan Dua Teman Wanita Lain

Siapa sangka virus COVID-19 mampu membuka kisah sulit yang telah disimpan selama ini?

Kisah yang terjadi di Indonesia baru-baru ini telah membuka rahsia hubungan sulit seorang lelaki dengan pasangannya.

Advertisement

Menerusi hantaran oleh Hijabul Insan, sebuah ambulans pada mulanya dilaporkan hadir untuk menjemput seorang gadis yang dikatakan positif COVID-19, bagi tujuan kuarantin dan isolasi.

gara-gara positif covid-19, kantoi pula hubungan sulit lelaki ini dengan dua teman wanita lain

Selepas dua hari, akhirnya ibu bapa, saudara-mara dan keluarga serta teman lelaki gadis ini juga dibawa ke pusat kuarantin kerana mempunyai kontak rapat dengan gadis berkenaan.

Pengesanan lanjut kontak rapat teman lelakinya itu mendapati bahawa lelaki ini mempunyai dua teman wanita yang lain, menyebabkan seluruh ahli keluarga lelaki dan juga dua teman wanita merangkap skandalnya itu juga perlu di isolasi.

Secara ringkasnya, empat keluarga iaitu keluarga gadis, keluarga teman lelaki dan dua keluarga skandal lelaki itu akhirnya ditempatkan di pusat kuarantin selepas pengesanan kontak rapat dijalankan gara-gara daripada hanya seorang gadis yang positif COVID-19.

"Jemput seorang gadis cantik yang terkena covid-19, setelah 2 hari akhirnya ibu bapa, abang dan teman wanita saya dijemput. Keluarga kekasihnya juga dijemput dan kekasihnya ternyata mempunyai 2 teman wanita lain, akhirnya 4 keluarga terpaksa dijemput untuk diasingkan kerana satu gadis #stayinoneheart #dendekselingkuh,", tulis pemilik akaun Facebook berkenaan.

Perkongsian ini nyata mencuri perhatian ramai yang menyifatkan virus korona ini mempunyai 'hikmahnya' tersendiri.

Sumber: Mi News

ERA Muzik Hit Terkini