Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lelaki Kata Koronavirus Satu Penipuan, Kini Tukar Fikiran Atas Katil Hospital

Lelaki yang mendakwa koronavirus adalah satu penipuan dan propaganda kerajaan semata-mata, telah menukar fikirannya selepas turut dijangkiti wabak berkenaan.

lelaki kata koronavirus satu penipuan, kini tukar fikiran atas katil hospital

Brian Hitchens dari Florida sebelum ini hanya meletakkan kepercayaan bahawa "Tuhan lebih besar daripada virus", dan dia langsung tidak mempercayai kewujudan pandemik COVID-19.

Advertisement

Bagaimanapun, Brian dan isterinya terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami simptom COVID-19, dan disahkan positif tidak lama kemudian.

Bercakap dari atas katil hospital, Brian memberitahu WPTV, "Saya ingatkan ia adalah mainan dan propaganda kerajaan yang sengaja mereka-reka cerita untuk mengalih perhatian kita.

"Sebelum ini saya bangun setiap hari dan hanya meletakkan kepercayaan kepada Tuhan untuk melindungi saya, dan saya tidak memakai sarung tangan dan penutup mulut," ujarnya lagi.

lelaki kata koronavirus satu penipuan, kini tukar fikiran atas katil hospital

Beliau yang kini dirawat di Palm Beach Gardens Medical Center berkata isterinya kini terpaksa bergantung kepada mesin pernafasan selama tiga minggu.

"Ia amat sukar dan menyedihkan,

"Ini bukannya main-main. Ia bukannya rekaan. Anda juga perlu ambil serius berkenaan virus ini," tambahnya lagi yang kini mula mempercayai bahayanya virus COVID-19 dalam masyarakat.

Sumber: Metro UK

ERA Muzik Hit Terkini