Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Dipatuk Ular, Lelaki Panik Kerat Jari Padahal Doktor Kata Ia Tidak Bahaya Pun

Seorang lelaki dari daerah Zhejiang, China telah memotong jari telunjuknya selepas merasa panik apabila dipatuk seekor ular.

dipatuk ular, lelaki panik kerat jari padahal doktor kata ia tidak bahaya pun

Advertisement

Zhang, yang juga seorang petani telah dipatuk ular berbisa ketika sedang memotong kayu pada bahagian tangan dan jarinya.

Beliau yang panik dan takut bisa reptilia itu merebak ke seluruh badan dan menyebabkan maut, segera memotong jarinya. Beliau kemudian segera ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

dipatuk ular, lelaki panik kerat jari padahal doktor kata ia tidak bahaya pun

Doktor yang merawat Zhang bagaimanapun memberitahu bahawa dia tidaklah perlu sampai memotong jari kerana ular terbabit tidaklah begitu bahaya. Doktor memberikan serum anti-venom namun tidak berupaya menyambung kembali jari Zhang yang sudah putus itu.

Sumber: Daily Star

ERA Muzik Hit Terkini