Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lelaki Lamar Kekasih Dengan Terbangkan Cincin Ke Angkasa, ''So Sweet!''

Seorang lelaki telah melamar kekasih zaman kanak-kanaknya dengan melancarkan sebentuk cincin pertunangan ke ruang angkasa.

lelaki lamar kekasih dengan terbangkan cincin ke angkasa,

Liam Bove berjaya melakukan lamaran itu dalam masa setahun hasil kerjasama dengan syarikat 'Sent Into Space', bagi melengkapkan momen indah buat kekasihnya, Becky Dixon.

Advertisement

lelaki lamar kekasih dengan terbangkan cincin ke angkasa,

Selepas berbincang dengan syarikat berkenaan, cincin pertunangan jenama Tiffany & Co. telah diterbangkan ke angkasa pada ketinggian 100,000 kaki dari Bumi.

Apabila matahari menyinari cincin itu, permandangan Bumi dapat dilihat dari latar belakang kotak cincin berkenaan sementara ia dibawa meneroka seluruh ruang angkasa. Sooo sweet!

Cincin pertunangan berserta rakaman dari ruang angkasa ini dibawa turun semula ke Bumi dan dihantar kepada Liam untuk dilamar kepada kekasihnya.

Pada mulanya, kekasih Liam menyangka video berkenaan adalah bungee jumping, sehinggalah dia diberitahu bahawa ia adalah video sebenar daripada angkasa.

Anggaran penuh kos penerbangan ke angkasa lepas itu memakan kos sebanyak £2,500 (RM 13,368.16) tidak termasuk kos cincin, dan perjalanan cincin itu mengambil masa dua jam dan lima minit.

Sumber: LAD Bible

ERA Muzik Hit Terkini