Seorang suami dan juga ayah hanya mampu melepas kerinduan kepada isteri dan anak-anaknya di tebing laut selepas terpisah selama hampir 8 bulan.

Mohd Izwan Sarip, yang bekerja di Singapura terkandas di republik berkenaan sejak penutupan sempadan antara dua negara mulai 18 Mac lalu.
Advertisement
Bagi melepaskan kerinduan, beliau meminta isterinya, Liana Idris membawa anaknya ke kawasan laut di Johor, yang memisahkan kedua-dua negara supaya dia dapat melihat mereka dari jauh dari Woodlands Watefront Park, Singapura.
Video yang tular di Facebook sejak Ahad lalu dirakamkan rakan sekerjanya.
“Mana awak?”, sebelum dibalas oleh isterinya, “Saya kat sini, pakai baju hitam putih. Nampak tak?” sebelum dilihat berdiri di jeti dan melambaikan tangan kepada isterinya itu.
Turut kedengaran suara dua anaknya yang ceria sambil berkata, “Hai papa!”
Video itu nyata membuatkan ramai merasa sebak, sambil mendoakan agar mereka sekeluarga tabah, sehinggalah sempadan negara dibuka kembali nanti.
Sumber: BH / Facebook Mohd Izwan