Siapa kata duduk rumah tak boleh buat aktiviti lasak seperti bermain ski atau mendaki gunung?
Ketika dunia masih lagi di ancam dengan wabak COVID-19, ramai memilih untuk melakukan aktiviti seperti memasak, membuat video TikTok dan lain-lain lagi. Namun berbeza dengan seorang lelaki ini kerana beliau dilihat bermain ski dalam rumah!
Advertisement

Sebenarnya, bukanlah bermain ski sebenar tetapi lelaki ini merakamkan video seolah-olah dirinya sedang bermain ski.

Philipp Klein Herrero, 28, dari Jerman, merupakan seorang pembuat filem dan juga jurugambar, telah menghasilkan video dirinya kelihatan seakan-akan bermain ski pada sebuah gunung yang dihasilkannya sendiri menggunakan kain putih.

Sebuah kamera yang disetkan automatik, diletakkan pada atas siling bilik, sambil beliau menggayakan beberapa gaya berbeza. Hasilnya memang superb!
Jadi tiadalah alasan untuk rasa bosan di rumah ye tak?
Sumber: Youtube