Sekitar akhir tahun 2016, seorang lelaki telah memuatnaik status di Twitter menyatakan beliau tidak jadi untuk berkahwin kerana tunangnya telah memutuskan tunang disaat-saat akhir persiapan mereka.
Alhamdulillah. 3 tahun menuntut keadilan dan membela maruah. Akhirnya kebenaran berpihak kepada yang benar. Terima kasih kepada yang menyokong dan yang tidak menyokong. https://t.co/LoJpm3RHyn pic.twitter.com/LZNCfJCWW6
— Ezrin MN (@ezrinmn) December 17, 2019
Kejadian yang menyebakan beliau rugi lebih RM30,000 itu telah membawa kepada peringkat mahkamah selepas beliau nekad menyaman bekas tunangnya yang berpisah tanpa sebab.
Advertisement

Muhammad Ezrin Mohd Nazan, 30, memuat naik status terbaharu di Twitter miliknya selain berkongsi berita gembira bahawa dia akhirnya berjaya menuntut keadilan tersebut.
"Alhamdulillah. Tiga tahun menuntut keadilan dan membela maruah. Akhirnya kebenaran berpihak kepada yang benar. Terima kasih kepada yang menyokong dan yang tidak menyokong.
"Mahkamah telah memutuskan pihak defendan untuk membayar jumlah ganti rugi yang ditetapkan kepada plaintif kerana defendan gagal mengemukakan alasan atau sebab enggan berkahwin. Tu jela saya nak beritahu.
"Dengan keputusan yang dah diputuskan oleh hakim yang bijaksana Mahkamah Syariah Rendah Kuala Kubu Bharu, saya harap defendan mengambil iktibar dan tak ulang kesilapan ini lagi pada orang lain," katanya.
Dengan keputusan yang dah diputuskan oleh Hakim yang bijaksana Mahkamah Syariah Rendah Kuala Kubu Bharu; aku harap def mengambil iktibar dan tak ulang kesilapan ni lagi kat orang lain.
— Ezrin MN (@ezrinmn) December 17, 2019
Perkongsian Ezrin ini telah mendapat perhatian ramai warganet yang rata-ratanya memberikan ucapan tahniah kepadanya.
esok (12 feb 2018) merupakan hari perbicaraan yang telah tertangguh selama 4 bulan. Nak tahu kebenaran boleh la datang ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Kubu Bharu. #AkuReveal https://t.co/1W0QyQRZWv
— Ezrin MN (@ezrinmn) February 11, 2018
Sumber: Sinar Harian