Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lelaki Sanggup Menyelam Demi Dapatkan Cincin Yang Telah Dibuang Wanita

Seorang lelaki dilaporkan sanggup menyelam dalam sebuah sungai, semata-mata demi mengambil semula cincin yang telah dibuang oleh seorang wanita.

lelaki sanggup menyelam demi dapatkan cincin yang telah dibuang wanita

Pada mulanya, lelaki berkenaan menonton sebuah video dari pengguna TikTok yang menunjukkan dia mencampakkan sebentuk cincin berliannya ke dalam sebuah sungai apabila mendapati pasangannya curang.

Advertisement

lelaki sanggup menyelam demi dapatkan cincin yang telah dibuang wanita

Ekoran itu, seorang penyelam skuba dari Georgia, Jake Koehler, sanggup mengembara sejauh 20 jam bagi mendapatkan cincin yang dibuang wanita terbabit.

Menurut Jake, beliau menonton video TikTok itu beberapa minggu lalu, namun tidak tahu di mana wanita itu tinggal dan dimana juga cincin itu dibuang.

Namun dengan menggunakan Google Maps, Jake berjaya menjejaki lokasi cincin itu dibuang, dan mendapati ianya berhampiran dengan pantai Virginia.

Beliau memandu sejauh 10 jam pergi dan 10 jam balik semata-mata demi mencari cincin yang telah dibuang, dan akhirnya menjumpainya. Selain cincin, Jake turut menemui duit syiling, garfu dan juga iPhone dalam sungai berkenaan.

lelaki sanggup menyelam demi dapatkan cincin yang telah dibuang wanita

Memandangkan pemilik cincin tidak mahukan cincin itu lagi, Jake bercadang mahu menggadaikannya sahaja.

Sumber: HCL / Twitter

ERA Muzik Hit Terkini