Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lelaki Bertindak Terjun Dan Berenang Rentas Selat Pulau Pinang Selepas Dihalang Cubaan Rentas Daerah

Seorang lelaki nekad berenang merentas Selat Pulau Pinang dari jeti feri di Tanjung City Marina menuju ke Seberang Perai untuk bertemu rakannya pada Isnin.

lelaki bertindak terjun dan berenang rentas selat pulau pinang selepas dihalang cubaan rentas daerah

Advertisement

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, lelaki berusia 28 tahun itu bertindak begitu selepas gagal mendapatkan kelulusan rentas daerah daripada polis kerana tiada alasan munasabah.

Tambahnya, lelaki itu kemudiannya berpatah balik menghala ke jeti kerana keletihan sebelum diselamatkan petugas Penang Port Sdn Bhd dalam kejadian jam 6 petang itu.

“Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada lelaki berkenaan, sebaliknya dia hanya menyatakan butiran peribadi seperti nama dan nombor kad pengenalan secara lisan sahaja.

lelaki bertindak terjun dan berenang rentas selat pulau pinang selepas dihalang cubaan rentas daerah

“Semakan dibuat mendapati lelaki itu berasal dari Bayan Lepas Pulau Pinang dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan,” katanya.

Pihak polis juga berjaya menghubungi ibu mangsa dan mendapati anaknya itu sudah lama tidak pulang ke rumah serta mempunyai masalah ketagihan dadah.

lelaki bertindak terjun dan berenang rentas selat pulau pinang selepas dihalang cubaan rentas daerah

Kini, lelaki itu mengalami patah tangan kanan dan sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Kejadian yang berlaku itu akan disiasat selanjutnya selepas lelaki berkenaan selesai menjalani rawatan dan dibenarkan keluar dari hospital.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini