
Sumber: Nextshark
Advertisement
Mungkin rasa bersalah dengan dirinya sendiri, lelaki ini sanggup call polis selepas dia tak mampu bayar harga makanan yang telah dimakan. Lelaki berusia 63 tahun itu hanya mempunyai wang sebanyak RM 3.50 sahaja semasa dia makan katsudon di sebuah restoran di Fukuoka.

Harga makan tersebut adalah RM 24. Selepas menyedari dia sememangnya tak mampu untuk bayar, dia meminta pengurus restoran tersebut untuk menghubungi polis. Bagaimanapun, pengurus restoran tersebut tak sampai hati nak biarkan lelaki tua ni ditangkap polis dan tak kisah jika lelaki ni tak bayar langsung harga makanan tersebut.
Akhirnya lelaki ni tetap menghubungi polis menggunakan telefon awam.
