Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Bersalah Edar Dadah Di Singapura, Lelaki OKU Malaysia Dihukum Gantung Sampai Mati

Seorang lelaki kelainan upaya (OKU) dari Malaysia telah dihukum gantung sampai mati di pusat tahanan Singapura, awal pagi ini akibat pertuduhan terhadapnya.

bersalah edar dadah di singapura, lelaki oku malaysia dihukum gantung sampai mati

Advertisement

Adiknya, Sarmila Dharmalingam mengesahkan kematian Nagaenthran K. Dharmalingam selepas rayuan terakhir defendan ke atas hukuman tersebut ditolak oleh Mahkamah Rayuan Singapura, semalam.

Mendiang didapati bersalah atas kesalahan mengedar heroin seberat hampir 43 gram semasa cuba memasuki Singapura pada 2009.

bersalah edar dadah di singapura, lelaki oku malaysia dihukum gantung sampai mati

Hukuman gantung sampai mati berjaya ditangguh pada tahun berikutnya sehingga 2022 melalui pelbagai petisyen dan rayuan.

“Kami sekeluarga masih sukar mempercayai kerajaan Singapura tetap meneruskan hukuman mati ke atas abang saya meskipun terdapat banyak rayuan dari pelbagai pihak di peringkat antarabangsa untuk menghentikannya.

“Kematian Nagaenthran amat menyedihkan dan kami masih terkejut dengan kejadian ini,” katanya.

Sumber: Kosmo
 

ERA Muzik Hit Terkini