Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Netizen Kagum Semangat Lelaki Ini Pakai Face Mask Sedondon Dengan Tali Leher

Dalam keadaan pandemik ini, pelitup muka merupakan perkara yang penting dan selalu kena ada jika ingin melangkah keluar ke rumah. Bahkan, ada yang sudah berfikiran kreatif, mendondonkan topeng muka dengan pakaian harian mereka.

Menarik! Asalkan kemas, selesa dan yang penting selamat. Selalunya, dikatakan golongan lelaki tidak berapa menitikberatkan daya mahupun padanan ketika memilih pakaian.

Advertisement

Namun, ini bukan kesnya bagi seorang lelaki bernama Steve Montgomery dari San Antonio, Texas, Amerika Syarikat yang sangat gemar memadankan topeng muka agar sentiasa sedondon dengan tali leher. Comel kan!

netizen kagum semangat lelaki ini pakai face mask sedondon dengan tali leher

netizen kagum semangat lelaki ini pakai face mask sedondon dengan tali leher

Gaya Steve ini menarik perhatian warga net selepas anak perempuannya, Kiana memuat naik beberapa gambar bapanya yang memadankan topeng muka dengan tali leher di Twitter.

netizen kagum semangat lelaki ini pakai face mask sedondon dengan tali leher

Rata-rata netizen kagum dengan gaya fesyen lelaki tersebut.

Steve menghasilkan topeng muka daripada ‘pocket square’ yang disertakan dengan tali leher yang dibelinya.

Sumber: Metro.co.uk / Twitter

ERA Muzik Hit Terkini