
Sumber: This Insider
Advertisement
Sultan Kosen adalah lelaki paling tinggi di dunia menurut Guinnness World Records manakala Jyoti Amge pula adalah perempuan paling rendah di dunia. Dan mereka berdua bertemu di Piramid Giza, Egypt untuk tujuan pelancongan.
Pertemuan mereka bukan sahaja menarik perhatian pelancong yang ada di situ tetapi juga seluruh dunia. Gambar-gambar pertemuan mereka juga jadi luar biasa kerana perbezaan ketinggian yang sangat ketara.
Sultan Kosen berusia 35 tahun dan berasal dari Turki. Sultan Kosen mempunyai ketinggian 8 kaki 1 inci. Jyoti Amge pula baru sahaja berusia 24 tahun dan mempunyai ketinggian hanya 2 kaki 6 inci.




