Jika anda pernah menaiki kenderaan awam yang berjam-jam lamanya, pasti anda pernah juga melihat pelbagai kerenah dan perangai manusia yang ada dalam kenderaan tersebut.
Makanan mungkin boleh menjadi peneman kita sepanjang perjalanan yang lama, namun apa yang anda akan lakukan sekiranya makanan itu telahpun sejuk?
Advertisement
Seorang penumpang sebuah pesawat dirakamkan sedang cuba memanaskan makanannya menggunakan lampu pada kerusi penumpang, membuatkan warganet terhibur.

Penumpang tersebut dilihat tidak mempunyai pilihan lain, melainkan terpaksa menggunakan lampu pada kerusinya untuk memanaskan sekeping piza.
Foto berkenaan dikongsikan oleh Instagram Passenger Shaming dengan kapsyen, "Memanaskan baki makanan yang ada".
Sumber: Mirror UK