Sebelum ini pernah tular kisah seorang lelaki yang menggantung poster mencari jodoh, dikenali sebagai nama Aziro berusia 35 tahun.

Menurut laporan, lelaki yang mempunyai nama sebenar Nooraziro Abdullah kini sudahpun bertemu pilihan hati dan bakal menamatkan zaman bujang selepas Aidiladha tahun ini.
Advertisement
Aziro yang bekerja sebagai tukang rumah dari Kampung Gong Nangka, Marang, kini sedang bercinta dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Ibah, 33, juga dari Pahang.

Tambah lagi, selepas sahaja Aziro memasang bunting itu, terdapat lima orang wanita termasuk Ibah, cuba berkenalan dengannya.
“Selepas membuat iklan melalui poster itu saya berkawan baik dengan lima gadis sekali gus tetapi hanya seorang daripadanya yang mempunyai keserasian dengan saya…”, kata Aziro.
Aziro menceritakan bahawa Ibah adalah seorang yang lemah lembut dan boleh memahami serta menerima baik buruknya, serta mendapat restu daripada kedua orang tua.
Jika tiada aral melintang, Aziro dan Ibah dilaporkan akan melansungkan akad nikah mengikut SOP perkahwinan yang ditetapkan selepas sambutan Aidiladha tahun ini.
Tahniah Aziro dan Ibah!
Sumber: Borak Daily