Memang susah nak pujuk wanita yang sedang merajuk.
Seorang lelaki di India menarik perhatian penduduk di bandar Mumbai apabila dia dilihat memasang hampir 300 papan tanda dibandar itu dengan pesanan meminta maaf pada teman wanitanya.
Advertisement

Nilesh Khedekar, ahli perniagaan yang berusia 25 tahun meminta maaf kepada teman wanitanya dengan cara berkenaan selepas teman wanitanya itu merajuk selepas perbalahan kecil antara mereka.
Papan tanda ‘Shivde. I Am Sorry” dipasang diseluruh bandar seperti di bangunan, lampu jalan, lampu isyarat dan sekitarnya.

Malangnya, tindakan yang dianggap ‘sweet’ oleh lelaki tersebut disaman pula oleh pihak berkuasa kerana mencemarkan kawasan awam.
Sumber: DNA India.
