Seorang lelaki boleh dikatakan bertuah kerana sudah mempunyai konsol terbaru keluaran Sony, iaitu PlayStation 5 (PS5).

Advertisement
Joey Chiu menerima PS5 sehari sebelum pembeli lain memilikinya melalui pra-tempah.
Malah, tempahan yang dibuat Chiu juga disertakan mesej istimewa daripada Sony.

"Kesabaran itu adalah satu perkara mulia. Ini hadiah untuk anda."
Khabar gembira itu dikongsikan Chiu menerusi laman Twitter miliknya.
Okay, this is 100% the craziest thing to happen.
— Joey Chiu (@Shinogu) November 10, 2020
I swear. This issssss insane.@PlayStation #PlayStation5 pic.twitter.com/lwGF0SBzmb
Ini juga bukanlah kali pertama Chiu menjadi individu kehormat memiliki konsol berkenaan lebih awal berbanding orang lain.
Ketika PS4 dilancarkan pada 2013, dan PS4 Pro dilancarkan paa 2016, Chiu juga menjadi individu pertama memilikinya berbanding orang lain.
PS5 dikhabarkan telah habis dijual secara atas talian dikebanyakkan pengedar.
Sumber: Astro Awani