Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lelaki Pertama Di Dunia Jalani Pembedahan Terima Jantung Babi Sah Meninggal Dunia

Seorang lelaki yang menjalani pembedahan jantung babi dan diubah suai secara genetik akibat menghidap penyakit jantung telah disahkan meninggal dunia pada Selasa.

Memetik laporan Reuters, David Bennet dilaporkan telah menerima jantung babi itu kira-kira dua bulan lalu iaitu pada 7 Januari ketika pemindahan jantung itu dilakukan.

Advertisement

lelaki pertama di dunia jalani pembedahan terima jantung babi sah meninggal dunia

Warga Amerika Syarikat itu telahmeninggal dunia di Pusat Perubatan University of Maryland (UMMC).

Menurut pihak hospital memaklumkan pelbagai tanda-tanda menunjukkan bahawa Bennet tidak akan sembuh setelah kesihatan David dilaporkan merosot.

lelaki pertama di dunia jalani pembedahan terima jantung babi sah meninggal dunia

Tambahnya, Bennett sempat berhubung dengan keluarganya pada saat-saat terakhir sebelum kematiannya.

Terdahulu, prosedur pemindahan jantung babi yang diubah suai secara genetik merupakan yang pertama seumpamanya di dunia.

Ia dijalankan oleh pasukan perubatan di Universiti Perubatan Maryland sekaligus mencatat sejarah pertama kali dilakukan menggunakan kaedah pemindahan jantung babi kepada manusia.

Sumber: Awani
 

ERA Muzik Hit Terkini