Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lelaki Ini Nekad Jadikan Minyak Masak Sebagai Mas Kahwin - “Barang Panas Ini Susah Nak Dapat”

Baru-baru ini, pasangan pengantin di Ponogoro, Jawa Timur, bertindak menjadikan minyak masak sebagai mas kahwin ketika majlis pernikahan berlangsung.

Malah, Supadi dan Sumariati selaku pasangan pengantin juga hanya melangsungkan majlis akad nikah di rumah pengantin perempuan di Desa Suru.

Advertisement

lelaki ini nekad jadikan minyak masak sebagai mas kahwin - “barang panas ini susah nak dapat”

Menurut Ketua Pejabat Agama Sooko, Meky Hasan Tachtarudin, beliau memaklumkan dan mengesahkan mas kahwin yang diterima pengantin perempuan itu pada Selasa lalu.

Masalah kekurangan bekalan minyak masak di daerah berkenaan terjadi sehingga ia menjadi rebutan penduduk setempat.

Pengantin lelaki memilih minyak masak kerana ia bahan masakan yang sukar didapati di pasaran ketika ini selain keperluan dalam rumah tangga.

“Minyak masak sangat diperlukan dan ia barangan biasa yang besar manfaatnya," kata Meky seperti dilaporkan portal Kompas.

lelaki ini nekad jadikan minyak masak sebagai mas kahwin - “barang panas ini susah nak dapat”

Tambahnya, pengantin perempuan juga menerima mas kahwin wang tunai berjumlah satu juta rupiah (kira-kira RM291).

Dilaporkan, pengantin lelaki sebelum ini kematian isterinya beberapa tahun lalu dan kini bersedia untuk mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya.

“Tetamu dan ahli keluarga berkumpul di pekarangan rumah sebelum majlis menyerahkan mas kahwin berlangsung,” katanya.

Sumber: [1] [2]

Oleh: Muhammad Izwan Zainal
 

ERA Muzik Hit Terkini