Seorang lelaki di India baru-baru ini telah membuat aduan terhadap aplikasi Google Maps kerana menjadi punca kepada keretakkan rumah tangganya.
R Chandrasekhar, seorang lelaki berusia 49 tahun dari daerah Mayiladuthurai di India, mendakwa rumah tangganya menjadi bermasalah ekoran daripada fungsi "Your Timeline" pada Google Maps.
Advertisement

Fungsi tersebut akan merekodkan segala lokasi yang dikunjunginya, sehingga menimbulkan persoalan kepada isterinya ketika pulang ke rumah.
"Selama beberapa bulan terakhir, isteri saya selalu mengimbas fungi 'Your Timeline' di Google Maps, sehingga membuatkan saya tidak boleh tidur kerana dia asyik bertanya dimana lokasi saya berada.
"Dia selalu memikirkan hal ini, semakin terpengaruh dan mempengaruhi keluarga yang lain juga," kata R Chandrasekhar kepada News Minute.

Disebabkan sudah tidak tahan lagi dengan perangai isterinya itu, lelaki berkenaan membuat aduan di balai polis terhadap syarikat Google kerana menjadi punca perselisihan antara dia dan isterinya, sehingga menyebabkan masalah perkahwinan yang serius. Chandrasekhar juga telah meminta ganti rugi atas masalah ini.
"Saya tidak dapat menjawab soalannya. Dan isteri saya tidak mendengar walaupun apa yang dikatakan oleh keluarga, saudara, rakan dan kaunselor kami. Walaupun sudah beberapa kali diberitahu, dia juga enggan mendengarnya lagi. Dia percaya Google mengatasi perkara lain.
"Google menimbulkan masalah dalam kehidupan keluarga saya. Oleh itu, saya akan mengambil tindakan terhadap Google dan memastikan keadilan bagi saya. Saya juga meminta agar Google memberi saya pampasan kerana telah menimbulkan banyak pertikaian. "
Sumber: Oddity Central