Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Cinta Sampai Mati! Lelaki Sanggup Hidup Dengan Mayat Isteri Selama 21 Tahun Sebelum Setuju Untuk Semadikan

Seorang warga emas Chan Chanwatcharakarn sanggup tidur di sebelah mayat isterinya dan ‘berbual’ seolah isterinya masih hidup.

Dia berkelakuan sebegitu akibat terlalu mencintai isterinya sehingga tidak sanggup berpisah dengannya, lantas dia membuat keputusan menyimpan mayat isterinya itu di dalam rumah.

Advertisement

cinta sampai mati! lelaki sanggup hidup dengan mayat isteri selama 21 tahun sebelum setuju untuk semadikan

Dua anak lelakinya tidak menyukai dan tidak bersetuju akan tindakan bapanya itu sehingga berpindah dan meninggalkan kediaman mereka.

Difahamkan, pendarahan otak setelah mengalami tekanan darah tinggi merupakan punca isteri Chan meninggal dunia pada 2001.

Namun, Chan untuk akhirnya ‘melepaskan’ mayat isteri tercintanya pada 30 April lalu yang disimpan di dalam keranda di rumah selepas hampir 21 tahun bersamanya.

cinta sampai mati! lelaki sanggup hidup dengan mayat isteri selama 21 tahun sebelum setuju untuk semadikan

Kebimbangan Chan tidak dapat melakukan upacara pengebumian untuk isterinya akibat usianya yang semakin meningkat membuatkannya bersetuju mayat wanita itu disemadikan.

Upacara pembakaran mayat dan persemadian diuruskan sepenuhnya dengan bantuan Yayasan Petchkasem Krungthep di Bangkok pada Isnin.

Abu mayat wanita itu kemudian diletakkan di dalam tempayan dan Chan berkata akan menyimpannya hingga ke akhir hayatnya.

Sumber: Awani / Asia One
 

ERA Muzik Hit Terkini