Skip to main content

Advertisement

Hiburan

[VIDEO] Mahu Kekal ‘On Point’, Lelaki Sanggup ‘Sorok’ Di Bawah Gaun Pengantin Perempuan

Seorang lelaki di Filipina sanggup berbuat apa sahaja demi memastikan majlis perkahwinan pasangan pengantin berjalan lancar.

Tular sebuah video yang dikongsi di akaun perancang perkahwinan Roel Lunesa menunjukkan dia keluar dari bawah gaun pengantin perempuan tersebut.

Advertisement

[video] mahu kekal ‘on point’, lelaki sanggup ‘sorok’ di bawah gaun pengantin perempuan

Mengulas lanjut, tindakan itu hanya bertujuan untuk membantu wanita tersebut berjalan ketika upacara perkahwinan berlangsung.

Tambahnya, dia terpaksa membantu pengantin itu berjalan kerana angin kencang ketika majlis tersebut berlangsung.

“Ketika majlis berlangsung pada 6 Jun lepas di Resort Louie Beach di Pinamungajan, angin kencang menyebabkan pengantin perempuan sukar untuk berjalan.

“Dia sentiasa terpijak atas gaun pengantinnya akibat angin,” katanya.

Menurut video tersebut, pengantin perempuan dilihat terhenti beberapa kali bagi membetulkan gaunnya.

Sebelum tiba di hadapan paderi, Lunesa dilihat keluar dari bawah gaun pengantin perempuan dan terus beredar.

Sumber: Newsweek

ERA Muzik Hit Terkini