HEFEI: Seorang lelaki di China akhirnya sedar daripada koma selama 10 tahun, berkat jagaan penuh dedikasi dan kasih sayang oleh isterinya sejak 2014.
Menurut laporan South China Morning Post, Sun Hongxia, dari wilayah Anhui enggan berputus asa menjaga suaminya yang mengalami kondisi sedemikian selepas terkena serangan jantung.
Advertisement
Hongxia sentiasa percaya dan meletakkan keyakinan bahawa suaminya akan pulih sekiranya dia diberi perhatian dan penjagaan yang rapi.

“Walaupun saya sangat letih, pengorbanan itu amat berbaloi, apabila suami saya kembali seperti biasa,” katanya kepada Dawan News.
Hongxia berkata, dua orang anak mereka menjadi pembakar semangatnya untuk dia terus meletakkan kepercayaan bahawa suaminya akan sembuh.
“Saya juga mahu memberi contoh yang baik dan inspirasi kepada mereka,” ujarnya.
Dalam pada itu, ayah mentua Hongxia menyifatkan menantunya hanya 'seribu dalam seorang'.
“Dia hanyalah menantu saya, tetapi dia lebih baik daripada anak perempuan kandung saya, tiada siapa yang boleh mengganti dan menandingi sikapnya,” ujar lelaki 84 tahun itu.