Kadar kematian akibat COVID-19 di beberapa negara luar seperti Iran, Sepanyol dan India kini masih lagi tinggi.
Setakat artikel ini ditulis, kematian diperingkat global sudah pun mencecah 393 ribu dengan 6.7 juta orang positif COVID-19.
Advertisement

Dalam menguruskan jenazah yang meninggal akibat COVID-19, terdapat beberapa prosedur yang perlu dipatuhi agar ia tidak menjangkiti orang lain.
Baru-baru ini, tular beberapa foto menunjukkan seorang pemuda di India yang bersedih atas kematian bapanya akibat COVID-19.

Lelaki berkenaan dilaporkan hanya satu-satunya waris yang dibenarkan menguruskan jenazah bapanya dengan kebenaran daripada pasukan perubatan yang bertugas.



Meskipun pahit untuk ditelan, inilah realiti yang perlu kita hadapi dalam usaha melawan wabak COVID-19 di seluruh dunia.