Perintah Kawalan Pergerakan bukan sahaja dilaksanakan di Malaysia, malah ia turut berkuatkuasa di beberapa negara lain seluruh dunia.

Ekoran daripada pelaksanaan ini, seorang lelaki telah ditahan pihak berkuasa United Kingdom (UK) selepas melanggar arahan sekatan yang perjalananan.
Advertisement
Pada mulanya lelaki tersebut ditahan kerana memandu lebih 2 ham sejauh 200 kilometer dengan alasan membeli barangan berupa tingkap secara dalam talian.
Namun apa yang memeranjatkan adalah apabila polis menemui isteri pemandu itu berada dalam but kereta.
“Isterinya tidak muat duduk di dalam kereta. Jadi dia baring di dalam but sepanjang perjalanan pulang sebelum mereka ditahan,” kata kenyataan itu.

Lelaki itu juga telah disaman kerana melanggar arahan kerajaan atas alasan perjalanan yang tidak penting (non-essential travel).
UK telah melaksanakan perintah kawalan pergerakan mulai malam Isnin selepas jumlah pesakit COVID-19 semakin meningkat dinegara itu.
Setakat artikel ini ditulis, UK mencatatkan 22,141 kes positif dengan hanya 135 yang pulih dan 1,408 dilaporkan maut.

Sumber: Awani