Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lebih 2.6 Juta Tonton Video Lelaki Ini Tak Buat Apa-Apa Selama 2 Jam Lebih

Siapa sangka dengan hanya tidak berbuat apa-apa dan sekadar termenung jauh memerhatikan sesuatu boleh menjadi tontonan ramai pengguna YouTube?

lebih 2.6 juta tonton video lelaki ini tak buat apa-apa selama 2 jam lebih

Menerusi akaun ‘sobat miskin official’, lelaki ini berjaya menarik lebih 2.6 juta tontonan dengan lebih 70 ribu tanda suka pada videonya yang berdurasi 2 jam 20 minit, menunjukkan beliau tidak berbuat apa-apa.

Advertisement

Ya, lelaki ini tidak berbuat apa-apa selama lebih 2 jam, sekadar duduk sahaja dan memerhatikan kamera. Yang peliknya, ia sudahpun ditonton oleh orang ramai di YouTube.

lebih 2.6 juta tonton video lelaki ini tak buat apa-apa selama 2 jam lebih

Rata-rata penonton terkejut dan tidak percaya kerana pemuda itu berjaya untuk tidak melakukan apa-apa dalam tempoh masa yang agak lama itu.

lebih 2.6 juta tonton video lelaki ini tak buat apa-apa selama 2 jam lebih

Difahamkan, lelaki itu merakamkan video berkenaan sekitar jam 11 malam dan berakhir jam 1 pagi.

Sumber: YouTube

ERA Muzik Hit Terkini