Skip to main content

Advertisement

Hiburan

34 Tahun Tak Boleh Sendawa Walau Makan Banyak Mana Sekalipun

Pelik tapi benar, seorang lelaki berusia 34 tahun hilang keupayaan untuk sendawa seperti orang lain, sejak daripada lahir.

Neil Ribbens nampak seperti manusia normal biasa, tetapi berbeza dengan orang lain kerana beliau tidak boleh sendawa, walau makan sebanyak mana sekali pun makanan.

Advertisement

34 tahun tak boleh sendawa walau makan banyak mana sekalipun

Apa yang terjadi adalah, setiap kali selepas makan dan ketika perutnya menghasilkan gas untuk sendawa, gas hanya sampai ke bahagian tekak beliau dan mengeluarkan bunyi pelik pada bahagian tersebut. Neil juga akan merasa sakit pada dada tidak lama selepas itu.

Kesakitan Neil yang berterusan sejak 34 tahun ini berakhir selepas bertemu dengan seorang doktor pakar bedah dan doktor tersebut menyuntik botox pada bahagian tekaknya dengan kos pembedahan sebanyak £3,000.

34 tahun tak boleh sendawa walau makan banyak mana sekalipun

Kini Neil Ribbens boleh sendawa seperti manusia biasa.

Sumber: Oddity Central

ERA Muzik Hit Terkini