Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Suara Keluar Dari Mesin ATM, Lelaki Terperangkap Hulur Nota Minta Diselamatkan

suara keluar dari mesin atm, lelaki terperangkap hulur nota minta diselamatkan

Sumber: Harian Metro 

Advertisement

Siapa yang tak terkejut kalau tiba-tiba ada suara keluar daripada mesin ATM betul tak ?

Seorang pengguna di mesin ATM di Corpus Christ, Texas, Amerika Syarikat terkejut semasa nak keluarkan duit apabila ada satu nota terkeluar daripada mesin ATM tersebut. Nota tersebut tertulis untuk meminta tolong 'suara' tersebut dikeluarkan.

Rupa-rupanya seorang pekerja penyelenggaraan yang terkunci di dalam mesin ATM tu semasa melakukan kerja membaiki tombol pintu yang rosak. Malangnya, dia tak membawa telefon serta peranti yang digunakan untuk buka pintu tersebut. 

Jadi mangsa menulis nota untuk meminta tolong.

“Minta tolong. Saya terperangkap di sini dan tidak mempunyai telefon. Tolong panggil bos saya” sambil menulis nombor telefon bosnya. 

“Memang betul kami mendengar suara dari dalam mesin ATM itu,” kata anggota polis Corpus Christi, Richard Olden yang menyangka ia sekadar gurauan. 

Lelaki berkenaan berjaya dikeluarkan selepas 2 jam terperangkap.

suara keluar dari mesin atm, lelaki terperangkap hulur nota minta diselamatkan

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm

suara keluar dari mesin atm, lelaki terperangkap hulur nota minta diselamatkan

ERA Muzik Hit Terkini