Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lelaki Tetap Syarat Bakal Isteri Bukan Jenis Ketagih Sosial Media

Seorang lelaki di Bengal Barat, India telah meletakkan iklan syarat dalam iklan mencari jodoh untuk bakal isterinya.

lelaki tetap syarat bakal isteri bukan jenis ketagih sosial media

Iklan yang dibayar oleh lelaki yang juga seorang peguam berusia 37 tahun ini telah dikongsikan oleh Nitin Sagwan menerusi laman Twitter, baru-baru ini.

Advertisement

Menurutnya, dia tidak mahu meletakkan syarat seperti cantik, tinggi dan kurus, sebaliknya bakal isterinya itu nanti mestilah bukan yang jenis ketagih sosial media.

"Perhatian kepada bakal pengantin. Kriteria pemilihan sudah bertukar.

"Tiada permintaan lain kerana hanya mahu mencari pengantin yang sederhana, cantik, tinggi dan kurus. Pengantin wanita juga bukan seseorang yang ketagih media sosial," antara syarat dalam iklan berkenaan.

lelaki tetap syarat bakal isteri bukan jenis ketagih sosial media

Rata-rata warganet yang melihat iklan berkenaan ketawa sinis sambil berkata, lelaki itu tidak akan berkahwin sampai bila-bila kerana adalah mustahil untuk berjumpa wanita sedemikian.

lelaki tetap syarat bakal isteri bukan jenis ketagih sosial media

Sumber: NDTV

ERA Muzik Hit Terkini