Dharmendra Pratap Singh merupakan lelaki tertinggi di dunia dengan memiliki ketinggian 2.4 meter.

Meskipun mempunyai kelebihan yang mungkin jarang ada pada orang lain, Pratap menghadapi kesukaran berbeza iaitu mencari pasangan hidup.
Advertisement
Beliau yang kini berusia 45 tahun, sukar mencari teman wanita untuk dijadikan calon isteri kerana ramai wanita enggan menjadikan dirinya sebagai pasangan.
"Ahli keluarga ada memperkenalkan wanita untuk dijadikan isteri namun selepas melihat ketinggian saya, mereka enggan untuk berkahwin dengan saya.
"Ketika usia sebegini saya berasakan sudah tiba masa untuk mencari teman hidup," katanya sambil berharap agar dipertemukan dengan wanita yang sesuai.
Bagaimanapun, beliau juga tidak menafikan ketinggiannya memberikan rezeki kepadanya, sambil menjadikan kelebihan fizikal itu sebagai sumber pendapatan.
Sebelum ini, beliau akan ke lokasi tumpuan pengunjung dan orang ramai yang bergambar dengannya akan memberikan wang saguhati.
Namun disebabkan pandemik COVID-19 ketika ini, Pratap hilang mata pencarian dan hanya bergantung kepada wang simpanan.
Sumber: Gulf News