Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Mahu Elak COVID-19, Lelaki Undang Perhatian Pakai Alat Pernafasan Buatan Sendiri

Seorang lelaki mengundang perhatian ramai apabila memakai alat pernafasan buatan sendiri ketika hadir di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kompleks Sukan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

Gambar itu tular di media sosial setelah dirakam salah seorang pengunjung yang turut berada di tempat tersebut.

Advertisement

mahu elak covid-19, lelaki undang perhatian pakai alat pernafasan buatan sendiri

Menurut Pegawai Kesihatan Daerah Langkawi, Dr Mansor Ismail, beliau mengesahkan lelaki itu hadir di PPV tersebut untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 sambil memakai peralatan ‘pelik’ itu.

“Dia didapati berpakaian biasa dan lengkap dengan pelitup muka sewaktu tiba di kaunter pendaftaran dan menerima suntikan vaksin.

“Namun, lelaki itu dipercayai mengeluarkan peralatan dari beg yang dibawa sebelum memakainya pada muka dan kepalanya ketika berada di sesi pemantauan," katanya.

mahu elak covid-19, lelaki undang perhatian pakai alat pernafasan buatan sendiri

Tambahnya, lelaki itu tiada sejarah penyakit berkaitan pernafasan berdasarkan pengakuan yang diberikan kepada petugas kesihatan di situ.

Sehingga kini, pihaknya masih tidak tahu tujuan sebenar individu tersebut memakai peralatan tersebut sehingga menarik perhatian ramai.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini