Seorang lelaki dari India melangsungkan perkahwinan yang ke-37 disaksikan seluruh keluarganya yang terdiri daripada 28 isteri, 135 anak dan 126 cucu.
Lelaki itu mengakui pernah berkahwin sebanyak 36 kali sebelum ini tetapi hanya 28 orang isteri sahaja yang masih hidup dan tinggal bersama.
Advertisement
![[video] lelaki warga emas jadi pengantin baharu, kahwin buat kali ke-37 depan 28 isteri](https://assets.astroaudio.com.my/brands_syok/media/Article/2021/Jun/09/e6_2.jpg)
Pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial apabila video perkahwinan pasangan itu tular sehingga menimbulkan perasaan pelik dan janggal.
Rata-rata warganet juga begitu hairan terhadap tindakan lelaki berkenaan dan pelbagai spekulasi timbul mengenai keluarga besarnya itu.
BRAVEST MAN..... LIVING
— Rupin Sharma IPS (@rupin1992) June 6, 2021
37th marriage in front of 28 wives, 135 children and 126 grandchildren.👇👇 pic.twitter.com/DGyx4wBkHY
Pasti ramai yang tidak menyangka dalam kehidupan serba moden ini masih ada yang bertindak sedemikian untuk kepuasan diri sendiri.
Sumber: India.com