Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lepas 14 Kali Lahir Anak Lelaki, Wanita Ini Akhirnya Dapat Baby Girl

Pasangan suami isteri Schwandts akhirnya menerima cahaya mata perempuan selepas 14 kali melahirkan anak lelaki.

lepas 14 kali lahir anak lelaki, wanita ini akhirnya dapat baby girl

Menurut laporan, ibu yang berusia 45 tahun dikenali sebagai Kateri Schwandt, akhirnya berjaya melahirkan anak perempuan bernama Maggie Jayne, selepas mempunyai 14 orang cahaya mata lelaki.

Advertisement

Pasangan itu berkahwin pada 1993 dan mempunyai tiga orang anak lelaki sebelum mereka tamat pengajian di kolej.

Ketika ini, anak sulung mereka sudahpun berusia 28 tahun dan anak lelaki bongsu dilahirkan pada April 2018.

Mereka amat menantikan cahaya mata perempuan, dan nyata kelahiran ke-15 ini membuahkan hasil yang sangat menggembirakan keluarga besar itu.

lepas 14 kali lahir anak lelaki, wanita ini akhirnya dapat baby girl

Sumber: India Times

ERA Muzik Hit Terkini