Sebuah buku bertajuk ‘The Buried Stream’ yang dipinjam pada tahun 1962, baru sahaja dipulangkan ke sebuah perpustakaan di Britain.

Buku berkenaan didapati lewat selama 58 tahun selepas tarikh sepatutnya dipulangkan adalah pada Disember 1962.
Advertisement
Menurut Pegawai Perpustakaan dan Komuniti London, David Harrington, buku berkenaan baru sahaja dipulangkan pada bulan ini dan dimasukkan ke dalam kotak pemulangan buku.
Menurut Harrington, disebabkan lewat memulangkan buku, ia akan dikenakan denda sebanyak $650, atau kira-kira RM2,690 meskipun sudah 58 tahun ia berlalu.
“Kami amat berterima kasih kepada orang yang mengembalikannya dan buku itu akan diletakkan di Perpustakaan Rujukan untuk kegunaan generasi akan datang.
Pihak kami menyeru pelanggan - dulu dan sekarang - mengembalikan sebarang buku yang sudah lama dipinjam, tiada denda akan dikenakan,” katanya.
Sumber: BBC News