Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Letak Mata Palsu Pada Ikan Supaya Nampak Fresh

Seorang penjual ikan di Kuwait telah menampal mata palsu pada ikan untuk kelihatan segar, tetapi akhirnya kantoi selepas seorang wanita membongkar penipuan itu.

Wanita itu memuat naik video menerusi Facebook pada Jumaat lalu menunjukkan dia mencuci ikan tersebut dan menanggalkan mata palsunya yang kemudiannya menjadi tular dan menjadi bahan jenaka kebanyakan pengguna media sosial.

Advertisement

Sementara itu, akhbar al-Bayan melaporkan Kementerian Perdagangan telah mengarahkan operasi ditutup selepas premis tersebut dikenal pasti.

Kredit: Huffingtonpost

ERA Muzik Hit Terkini