Pelbagai usaha dilakukan bagi membendung penularan wabak COVID-19 di dunia ketika ini. Antaranya adalah dengan mewajibkan pemakaian topeng penutup mulut dan hidung serta merekodkan suhu sebelum dibenarkan memasuki premis.
Di Thailand, sebuah pusat membeli-belah telah membuat pembaharuan dalam sistem lif mereka apabila menggantikan butang lif kepada sistem pedal kaki.
Advertisement

Lif tersebut diperkenalkan di Seacon Square ketika pusat membeli-belah sudahpun mulai dibuka kepada orang ramai selepas sekatan membendung penularan COVID-19 dinegara berkenaan dilonggarkan.

Menerusi satu rakaman video, rata-rata warganet berharap agar sistem pedal itu dapat diperkenalkan dengan lebih meluas, terutama ketika dunia sedang menjalani norma baharu berikutan pandemik koronavirus ini.
Sumber: Times Now