Dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19, ramai petugas barisan hadapan terpaksa kerja lebih masa meskipun pada hari raya Aidilfiri demi menjaga keselamatan rakyat di negara ini.

Pun begitu, sebagai manusia biasa, petugas barisan hadapan juga perlukan sedikit 'hiburan' bagi meredakan tekanan dan juga mengubati rasa penat setelah seharian bertugas.
Advertisement
Menerusi satu klip video yang tular, kelihatan sebuah jentera daripada pasukan Bomba memainkan lagu hari raya, ketika melalui satu sekatan jalan raya yang dikawal rapi oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Jelas terpancar kegembiraan di wajah mereka meskipun terpaksa bertugas semasa perayaan Aidilfiri demi memberikan yang terbaik kepada semua rakyat Malaysia.

Terima kasih kepada semua frontliner!
Sumber: @friendsofbombamalaysia