Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lima Ahli Keluarga Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Didakwa Hari Ini

Lima ahli keluarga lelaki yang terlibat dalam serangan Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada 17 Mei lalu didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini dengan sembilan pertuduhan.

Lima tertuduh ialah bapanya, Radin Imran Radin Mohd Yassin, 62; ibunya, Rosna Jantan, 59, dan ketiga-tiga tiga adik-beradiknya, Radin Romyullah Radin Imran, 34; Farhah Sobrina Radin Imran, 23, dan Mariah Radin Imran, 19.

Advertisement

Kesemua mereka dituduh secara berasingan termasuk menggalakkan perbuatan pengganas dengan menanam ideologi keganasan kumpulan pengganas Islamic State (IS).

Walau bagaimanapun, bapanya, Radin Imran berhadapan empat pertuduhan termasuk Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu menggalakkan perbuatan pengganas dengan menanam ideologi keganasan kumpulan IS.

Fahaman berkenaan didakwa telah disemai kepada seluruh anggota keluarganya termasuklah suspek serangan iaitu Radin Luqman, 21.

Anak lelaki sulungnya pula berdepan dua pertuduhan manakala isteri dan dua anak perempuan Radin Imran pula masing-masing hanya berhadapan satu pertuduhan.

 

Sumber: Malaysia Gazatte

ERA Muzik Hit Terkini