Kini terdapat lebih 723 ribu kes jangkitan COVID-19 seluruh dunia, dengan 33,993 daripadanya telah dilaporkan maut.

Daripada jumlah ini juga, seramai 151,804 kes dilaporkan pulih.
Advertisement
Menurut data WHO setakat 29 Mac, negara Itali mencatatkan kadar kematian tertinggi di dunia dengan 10.8% (kematian 10,023) berbanding jumlah keseluruhan kes sebanyak 92,472.
Indonesia pula menjadi negara paling tinggi kadar kematian di Asia dengan jumlah 8.8% (jumlah kematian 102 daripada keseluruhan kes dilaporkan sebanyak 1,155).
Negara lain yang turut mencatatkan jumlah kematian tertinggi di dunia adalah Iraq (8.3%), Sepanyol (7.8%) dan juga Iran (7.11%).

Setakat artikel ini ditulis, Amerika Syarikat masih menjadi negara paling ramai dijangkiti wabak COVID-19, diikuti Itali, China, Sepanyol dan juga Jerman.

Sumber: KKM / Coronatracker