Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lintah Hidup Dalam Hidung Lepas Gadis Ni Cuci Muka Masa Hiking

Buat mereka yang suka hiking dan menikmati suasana alam semulajadi, sungai atau mata air mungkin menjadi port paling best untuk chill dan lepak sambil cuci muka.

lintah hidup dalam hidung lepas gadis ni cuci muka masa hiking

Namun dek kerana mencuci muka di mata air ketika hiking, gadis dari Guangdong, China ini trauma kerana beliau tidak menyedari ada lintah yang masuk kedalam hidungnya.

Advertisement

lintah hidup dalam hidung lepas gadis ni cuci muka masa hiking

Wong bersama rakan-rakannya berhenti berehat seketika di mata air sebuah bukit ketika mereka sedang hiking. Wong sempat mencuci muka di mata air tersebut. Tak lama selepas itu, Wong merasakan hidungnya seakan-akan tersekat dengan lelehan cecair yang keluar melalui lubang hidung. Beliau pada mulanya menyangka ia adalah selesema biasa.

Beberapa hari selepas itu, Wong masih mengalami masalah hidung tersekat dan segera ke hospital berdekatan, seperti yang dilaporkan oleh China Press.

Selepas membuat pemeriksaan, doktor mendapati terdapat objek berwarna coklat gelap yang menghalang saluran penafasan Wong. Menggunakan penyepit dan semburan anaesthetic, doktor menarik keluar objek tersebut daripada hidungnya.

lintah hidup dalam hidung lepas gadis ni cuci muka masa hiking

Didapati terdapat seekor lintah berukuran 5 sentimeter menjadi punca kenapa hidungnya tersekat.

Eeeeeeee!

Sumber: China Press

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini