Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Penumpang Teksi Terkejut Lipas Tiba-Tiba Muncul Selepas Bau Makanan

Seorang wanita dari Singapura telah berkongsi pengalamannya menaiki sebuah teksi yang dipenuhi dengan lipas.

penumpang teksi terkejut lipas tiba-tiba muncul selepas bau makanan

Penumpang yang dikenali dengan nama Ru Ting berkata, pada mulanya beliau telah menahan teksi kira-kira jam 1.30 tengah hari, sebelum beberapa ekor lipas datang ke arahnya dari bahagian hadapan teksi.

Advertisement

penumpang teksi terkejut lipas tiba-tiba muncul selepas bau makanan

Beliau berfikir lipas tersebut terhidu bau makanan yang dan lipas tersebut mulai mendekatinya.

Dilaporkan terdapat kira-kira tujuh hingga lapan ekor lipas yang berada ditempat duduk belakang, menyebabkan Ru Ting sudah tidak senang duduk.

Beliau bertanyakan kepada pemandu teksi tersebut akan lipas berkenaan, namun jawab pemandu ringkas “Betul-betul banyak ke?”

Berang dengan respons daripada pemandu teksi itu, Ru Ting segera membayar tambang dan turun daripada teksi.

Sumber: Stomp

ERA Muzik Hit Terkini